Tuesday, July 7, 2009

Tips untuk jawab pemahaman


Aku dapat tips ni drpd cikgu tuisyen aku. Aku ikut cara cikgu ni masa ujian alhamdulillah pemahaman aku dapat markah penuh untuk ujian mid-year.


Tips no 1


Kebiasaannya soalan no.1 akan tanya maksud. Contoh soalan:


Apakah maksud rangkai kata memerlukan perhatian yang serius?


Korang mesti tulis start drpd kata kunci. Kata kunci kebiasaannya selepas ayat tanya. Jadi kata kunci kat soalan ni start dari maksud. Cara korang nak tulis jawapan korang kena tukarkan semua ayat yang dicondongkan. Contoh jawapan:


Maksud rangkai kata memerlukan perhatian yang serius ialah mahukan bimbingan yang serius.


Tips no 2


Kebiasaannya soalan akan tanya tentang cara-cara atau benda yang berkaitan dengan petikan. Contoh soalan:


Apakah cara-cara untuk membendung masalah remaja yang terjebak dalam gejala sosial?


Korang tak perlu buat jawapan korang panjang sangat. Buat simple shj. Tips utk ni start dari kata kunci dan gunakan ayat pertama, kedua, ketiga dan akhir sekali. Contoh jawapan:


Cara-cara untuk membendung masalah remaja yang terjebak dalam gejala sosial ialah pertama, ibubapa meluangkan lebih masa. Kedua, memberikan lebih perhatian. Ketiga, memahami masalah mereka. Akhir sekali, kawal kebebasan mereka.


Tips no 3


Kebiasaannya soalan akan tanya pendapat sendiri. Contoh soalan:


Pada pendapat kamu, apakah yang menyebabkan remaja berminat untuk berubah?


Sama juga cara macam no 2 tapi kata kuncinya start pada pendapat saya. Contoh jawapan:


Pada pendapat saya, remaja berminat untuk berubah kerana pertama, ajakan rakan sebaya. Kedua, bimbingan ibubapa. Ketiga, perhatian dari keadaan sekeliling. Akhir sekali, keinginan sendiri.



P/s: Pastikan jawapan berkaitan dengan petikan. Harap ini membantu.



posted by one knee:)




0 comments: