Wednesday, July 1, 2009

tasik chini



lTasik Chini terletak lebih kurang 130 kilometer dari Bandar Kuantan dan 80 kilometer dari Temerloh. Ia boleh dihubungkan melalui jalan darat iaitu Leboh Raya Tun Abdul Razak dengan Bandar Chini dan jalan air iaitu melalui Sungai Pahang dan Sungai Chini dari kampung Belimbing. Tasik Chini merupakan tasik air tawar semulajadi yang terbesar di Semenanjung Malaysia dengan keluasan lebih kurang 150 hektar. Keindahan semulajadi tasik ini tertumpu kepada ribuan pohon teratai berwarna merah jambu yang sedang berkembang terapung memenuhi permukaan tasik. Ia juga dikenali sebagai kawasan mergastua yang telah dimajukan bagi tujuan perlancongan. Kawasan seluas 5,078 hektar telah diwartakan sebagai rezab awam. Menurut kajian terdapat 200 spesis burung dan 240 spesis ikan di sekitar tasik ini. Tasik Chini terdiri daripada 13 rangkaian tasik yang dipanggil laut oleh penduduk tempatan dan yang terbesar ialah Laut Gumun, Laut Jerangking, Laut Melai dan Laut Jemberau. Kawasan di sekeliling tasik berbukit bukau dan menyerupai belakang seekor naga. Terdapat gunung di sini, yang dikenali Gunung Chini dengan ketinggian melebihi 800 meter dan diliputi hutan tebal

0 comments: