Monday, July 6, 2009

format karangan SPM

JENIS KARANGAN BERFORMAT

  1. Wawancara/dialog/temuramah
  2. Berita
  3. Ucapan/Syarahan/Ceramah/Pidato
  4. Surat kiriman biasa/rasmi
  5. Laporan aktiviti/minit mesyuarat
  6. Perbahasan


JENIS KARANGAN TIDAK BERFORMAT

  1. Perbincangan/pendapat/ulasan/komentar/Fakta
  2. Deskriptif/cereka
  3. Peribahasa/cogan kata


PEMILIHAN TAJUK

  1. Terdapat 6 tajuk dikemukakan untuk pilihan.
  2. Semua tajuk itu meliputi perkara-perkara tertentu daripada soalan sosial, politik dan ekonomi.
  3. Tajuk-tajuk tentang hal ehwal semasa terutamanya pada tahun lepas dan awal tahun ini perlu diberikan perhatian.
  4. Tajuk-tajuk/isu-isu itu boleh dikemukakan dalam pelbagai jenis karangan sama ada yang berformat atau tidak.
  5. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jenis perbincangan, fakta atau rencana banyak dikemukakan.
  6. Hal ini mungkin kerana jenis-jenis tersebut lebih mencabar ditulis berbanding dengan jenis surat contohnya.
  7. Pilih tajuk yang jenisnya anda kuasai format atau pendekatan menulisnya. Peperiksaan bukan medan untuk anda mencuba jenis yang belum pernah dibuat.
  8. Pilih tajuk yang dapat dikemukakan lebih daripada 4 isi utama.
  9. Pilih tajuk yang berkaitan dengan hal ehwal semasa kerana ingatan anda masih kuat.


SUMBANG SARAN SEMASA MENYEDIAKAN RANGKA KARANGAN

  1. Sumbang saran yang dimaksudkan ialah proses mencatatkan apa sahaja isi yang terlintas di kepala tanpa mengira urutan kepentingan, isi utama atau isi sokongan dan apa sahaja yang boleh menyekat aliran fikiran.
  2. Dalam bahasa yang mudah, tulis sahaja apa yang terlintas.
  3. Hanya pelajar yang cukup terlatih dapat berbuat begitu dan untuk menjadi terlatih anda perlu selalu melatihkan diri dengan kaedah ini.
  4. Setelah isi ditulis, barulah difikirkan susunannya mengikut urutan kepentingan, peristiwa dan pengelompokan isi-isi kecil menjadi isi utama yang jitu dan utuh.


PENULISAN PENDAHULUAN

  1. Pendahuluan perlu ditulis mengikut jenis karangan.
  2. Karangan berformat harus mengikut format yang betul seperti yang telah dipelajari.
  3. Karangan jenis perbincangan dan seumpamanya memerlukan pendahuluan ditulis dalam 1 perenggan sahaja.
  4. Ia harus menarik dan boleh menggambarkan kandungan keseluruhan karangan.
  5. Jika perlu, pendahuluan yang berciri provokatif juga boleh digunakan asalkan tidak keterlaluan.
  6. Jangan masukkan isi dalam perenggan pendahuluan.


PENULISAN ISI

  1. Untuk semua jenis karangan, jumlah isi minimum yang diterima ialah 3.
  2. Walau bagaimanapun, disarankan anda menulis daripada 3 hingga 5 isi utama.
  3. Setiap isi utama harus diikuti oleh isi sokongan, huraian dan contoh.
  4. Isi sokongan mungkin 1 atau 2 mengikut kesesuaian tetapi tidak terlalu banyak.
  5. Ia perlu ditulis dalam 1 perenggan atau beberapa perenggan kecil yang diikat oleh penanda wacana yang bersesuaian supaya kelihatan berkaitan.
  6. Susun isi mengikut urutan peristiwa dan urutan kepentingan.


PENULISAN KESIMPULAN

  1. Kesimpulan juga harus mengikut jenis karangan.
  2. Secara umum, ia harus ditulis dalam 1 perenggan sahaja dan tidak terlalu panjang.
  3. Kesimpulan harus merupakan rumusan kepada isi karangan secara keseluruhan.
  4. Ia mungkin merupakan penegasan atau cadangan terhadap fokus soalan.
  5. Jika ingin memberikan pendapat, pastikan ia berbentuk umum kepada pendapat khusus harus menjadi salah satu daripada isi yang dikemukakan.

0 comments: