Monday, July 13, 2009

karagan fakta yang sering keluar

Masalah disiplin murid-murid sekolah hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Bincangkan langkah-langkah untuk mengatasinya.

Pengertian disiplin - peraturan yang ditetapkan dan mesti diikuti
contoh pelanggaran disiplin di sekolah - ponteng sekolah, hisap rokok, ugutan, melawan guru, berpakaian tidak seperti yang dikehendaki, buang sampah merata-rata dan lain-lain.

Isi-isi
Langkah-langkah mengatasi masalah disiplin murid-murid
i. memberikan kesedaran kepada murid-murid melalui penerapan nilai-nilai murni dan ceramah-ceramah kesedaran daripada pihak-pihak tertentu
ii. ibu bapa haruslah memberikan pelajaran agama yang secukupnya kepada anak-anak mereka
iii. pihak sekolah haruslah tegas dalam menangani masalah ini dengan mengenakan denda yang sepatutnya agar menjadi teladan kepada murid-murid.
iv. piak sekolah haruslah sentiasa mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa untuk membincangkan masalah murid-murid
v. pengawas-pengawas sekolah hendaklah memainkan peranan dengan berkesan - mengawasi tingkah laku, menasihati dan melaporkan kepada guru disiplin / pihak sekolah berkenaan masalah salah laku murid.

Penutup
masalah disiplin tidak akan berjaya jika satu pihak saja yang berusaha tanpa kerjasama semua pihak.
Semua pihak bertanggungjawab dalam menangani masalah disiplin - Kementerian Pendidikan, pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat.

Nyatakan langkah-langkah untuk menggalakkan lebih ramai pelancong datang ke negara kita.

Pendahuluan : banyak tempat menarik di Malaysia - contoh tempat

isi
penerangan meluas mengenai tempat - pemandu pelancong yang cekap
kemudahan pengangkutan - contoh
peranan kerajaan di luar negara - membuat promosi mengenai Malaysia.
membina kemudahan seperti hotel dan sebagainya.
memulihara kawasan yang menjadi tumpuan dan mencari serta memperkenalkan kawasan berpotensi.

pelancongan membawa keuntungan kepada negara. Langkah-langkah yang perlu mesti diambil bagi menggalakkan lebih rami pelancong datang ke Malaysia.

Kemalangan jalan raya sering berlaku di negara kita. Ianya disebabkan oleh beberapa faktor. Namun begitu kemalangan jalan raya boleh dielakkan. Nyatakan cadangan-cadangan anda , langkah-langkah untuk menggelakkan berlakunya kemalangan jalan raya.

Pendahuluan : Kemalangan jalan raya selalu saja berlaku. Dalam setiap kemalangan ada saja tercedera dan ada juga melibatkan kematian. Kemalangan sebenarnya boleh dielakkan dengan berbagai cara.

a. Pemandu hendaklah mematuhi peraturan dan undang-undang semasa memandu - memandu tidak melebihi had laju yang ditetapkan.
b. Pemandu hendaklah memastikan kenderaan mereka selamat untuk dipandu - lampu , brek berfungsi dengan baik.
c. Kenakan hukuman berat kepada pemandu yang memandu dalam keadaan merbahaya - melanggar undang-undang - denda dan penjara.
d. adakan kempen keselamatan jalan raya yang berterusan

Kemalangan berlaku akibat sikap cuai pengguna jalan raya.

Pentingnya semangat kejiranan di kalangan kita. Tulis sebuah karangan mengapa pentingnya semangat kejiranan.

Pendahuluan : Jiran adalah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah
kita sama ada yang tinggal di sebelah - menyebelah di hadapan atau di belakang.

a. sekiranya ditimpa kesusahan - jiran akan menolong .
ini bukti jiran adalah penting kepada kita - mesti saling bantu membantu - berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
b. diamal tanpa mengira kaum, agama dan bangsa
-masyarakat akan hidup dengan aman.
perpaduan akan menjadi kukuh.
c. mengeratkan perhubungan antara satu sama lain.
kunjung mengunjungi semasa perayaan - memupuk semangat muhibah di antara pelbagai kaum.

kita perlu memupuk semangat kejiranan antara kita - perselisihan kaum akan dapat dielakkan. negara akan menjadi lebih kuat dan disegani oleh musuh.

Kepentingan Perpustakaan dan faedah-faedahnya.

Pendahuluan :
Tempat letak perpustakaan / Jenis perpustakaan / Huraian perpustakaan
Perpustakaan adalah gedung ilmu. banyak bahan bacaan yang dikumpulkan dan disimpan. Diantaranya termasuklah bahan rujukan, buku cerita , buku panduan. Ini semua adalah untuk kemudahan pelajar.

i. tempat membaca dan menelaah yang selesa - terdapat kemudahan disediakan
ii. terdapat berbagai sumber rujukan - buku - majalah - akhbar dan lain-lain
iii. tempat belajar yang sesuai - buat kerja yang diberi oleh guru
iv. perpustakaan sebagai pusat ilmu pengetahuan - penting untuk pelajar - membaca jambatan ilmu - dapat memahami pelajaran dengan lebih berkesan lagi.
v. pinjam buku untuk membuat rujukan dan mengulang kaji - tidak perlu membeli buku yang dikehendaki - jimat perbelanjaan
vi. boleh mengisi masa lapang dengan berfaedah - tidak terlibat dengan unsur negatif
vii. melatih diri menggunakan bahan dengan baik - persediaan untuk masa hadapan
viii. tidak boleh bergantung kepada guru-guru semata-mata - meningkatkan tahap pencapaian dalam semua hal.

pelajar sepatutnya selalu mengunjungi perpustakaan pada setiap masa demi untuk kejayaan masa depan / mengemukakan cadangan membaiki perkhidmatan perpustakaan / menyatakan penghargaan kepada sesiapa yang berkenaan . Membaca jambatan ilmu.

Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk " Kepentingan Pelajar menyertai aktiviti ko kurikulum ".

Pendahuluan : Ko kurikulum ialah aktiviti selepas sekolah iaitu aktiviti persatuan
unit beruniform dan sukan.

A. melatih murid menjadi pemimpin - sifat kepimpinan dalam aktiviti.
B. melatih murid untuk berdikari sendiri - contoh dalam perkhemahan tahunan - masak sendiri dan aktiviti dalam perkhemahan.
C. melatih murid mematuhi disiplin dan arahan ketua.
- penting untuk keutuhan sesuatu organisasi atau negara. Semangat kerjasama - berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing.
D. Menambah ilmu pengetahuan tambahan - cara membuat pertolongan cemas.
E. untuk kesihatan diri - aktiviti sukan dan permainan
- badan sihat - otak cergas

Murid patut menyertai aktiviti ko kurikulum untuk memperolehi berbagai faedah untuk diri.

Bina sebuah karangan tentang baik dan buruknya menonton televisyen .Bincangkan

Pendahuluan: - Televisyen merupakan satu media elektrik yang paling
popular di negara kita. Boleh dikatakan setiap rumah di negara kita mempunyai sebuah peti televisyen.

Isi :
Kebaikan
a) Mengetahui perkembangan semasa - berita
b) Mendapat pengetahuan tambahan - Majalah 3,Info Sains
c) Mendapat pengetahuan agama - Ehwal Islam
d) Mengeratkan hubungan kekeluargaan
e) Isi masa lapang dengan baik.
Keburukan bagi pelajar
a) Menonton terlalu lama-membazir masa
b) Ada rancangan-rancangan yang tidak sesuai ditonton.

Penutup : Menonton televisyen memberi faedah kepada pelajar. Namun pelajar seharusnya pandai memilih rancangan yang sesuai dan tidak mengabaikan pelajaran.

Tinggal di asrama lebih baik daripada tinggal di rumah .Bincangkan.

Pendahuluan: Asrama adalah tempat penempatan untuk pelajar-pelajar
di sekolah. Kerajaan menyediakan asrama-asrama ini untuk kemudahan pelajar-pelajar belajar dengan lebih sistematik.

Isi
a) Pelajar berpeluang untuk belajar dengan lebih baik
-mempunyai jadual - patuh pada jadual - bermain dan sebagainya diatur dengan baik.
b) Dapat dilatih untuk hidup bekerjasama-bagai "Aur dengan Tebing", - saling bantu membantu.
c) Dapat dilatih untuk hidup berdikari -di sini pelajar tidak bergantung kepada lbu bapa semata-mata.
d) Dapat belajar secara berkumpulan. banyak faedah yang di perolehi.

Keburukan
a) bebanan yuran bulanan kepada keluarga miskin
b)Jumlah murid adalah ramai-pengawasan tidak dapat diberikan oleh pihak asrama secara berkesan.
Penutup :
Tinggal di asrama ada kebaikan dan ada juga keburukan

Tuesday, July 7, 2009

Tips untuk jawab pemahaman


Aku dapat tips ni drpd cikgu tuisyen aku. Aku ikut cara cikgu ni masa ujian alhamdulillah pemahaman aku dapat markah penuh untuk ujian mid-year.


Tips no 1


Kebiasaannya soalan no.1 akan tanya maksud. Contoh soalan:


Apakah maksud rangkai kata memerlukan perhatian yang serius?


Korang mesti tulis start drpd kata kunci. Kata kunci kebiasaannya selepas ayat tanya. Jadi kata kunci kat soalan ni start dari maksud. Cara korang nak tulis jawapan korang kena tukarkan semua ayat yang dicondongkan. Contoh jawapan:


Maksud rangkai kata memerlukan perhatian yang serius ialah mahukan bimbingan yang serius.


Tips no 2


Kebiasaannya soalan akan tanya tentang cara-cara atau benda yang berkaitan dengan petikan. Contoh soalan:


Apakah cara-cara untuk membendung masalah remaja yang terjebak dalam gejala sosial?


Korang tak perlu buat jawapan korang panjang sangat. Buat simple shj. Tips utk ni start dari kata kunci dan gunakan ayat pertama, kedua, ketiga dan akhir sekali. Contoh jawapan:


Cara-cara untuk membendung masalah remaja yang terjebak dalam gejala sosial ialah pertama, ibubapa meluangkan lebih masa. Kedua, memberikan lebih perhatian. Ketiga, memahami masalah mereka. Akhir sekali, kawal kebebasan mereka.


Tips no 3


Kebiasaannya soalan akan tanya pendapat sendiri. Contoh soalan:


Pada pendapat kamu, apakah yang menyebabkan remaja berminat untuk berubah?


Sama juga cara macam no 2 tapi kata kuncinya start pada pendapat saya. Contoh jawapan:


Pada pendapat saya, remaja berminat untuk berubah kerana pertama, ajakan rakan sebaya. Kedua, bimbingan ibubapa. Ketiga, perhatian dari keadaan sekeliling. Akhir sekali, keinginan sendiri.



P/s: Pastikan jawapan berkaitan dengan petikan. Harap ini membantu.



posted by one knee:)




Monday, July 6, 2009

format karangan SPM

JENIS KARANGAN BERFORMAT

  1. Wawancara/dialog/temuramah
  2. Berita
  3. Ucapan/Syarahan/Ceramah/Pidato
  4. Surat kiriman biasa/rasmi
  5. Laporan aktiviti/minit mesyuarat
  6. Perbahasan


JENIS KARANGAN TIDAK BERFORMAT

  1. Perbincangan/pendapat/ulasan/komentar/Fakta
  2. Deskriptif/cereka
  3. Peribahasa/cogan kata


PEMILIHAN TAJUK

  1. Terdapat 6 tajuk dikemukakan untuk pilihan.
  2. Semua tajuk itu meliputi perkara-perkara tertentu daripada soalan sosial, politik dan ekonomi.
  3. Tajuk-tajuk tentang hal ehwal semasa terutamanya pada tahun lepas dan awal tahun ini perlu diberikan perhatian.
  4. Tajuk-tajuk/isu-isu itu boleh dikemukakan dalam pelbagai jenis karangan sama ada yang berformat atau tidak.
  5. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jenis perbincangan, fakta atau rencana banyak dikemukakan.
  6. Hal ini mungkin kerana jenis-jenis tersebut lebih mencabar ditulis berbanding dengan jenis surat contohnya.
  7. Pilih tajuk yang jenisnya anda kuasai format atau pendekatan menulisnya. Peperiksaan bukan medan untuk anda mencuba jenis yang belum pernah dibuat.
  8. Pilih tajuk yang dapat dikemukakan lebih daripada 4 isi utama.
  9. Pilih tajuk yang berkaitan dengan hal ehwal semasa kerana ingatan anda masih kuat.


SUMBANG SARAN SEMASA MENYEDIAKAN RANGKA KARANGAN

  1. Sumbang saran yang dimaksudkan ialah proses mencatatkan apa sahaja isi yang terlintas di kepala tanpa mengira urutan kepentingan, isi utama atau isi sokongan dan apa sahaja yang boleh menyekat aliran fikiran.
  2. Dalam bahasa yang mudah, tulis sahaja apa yang terlintas.
  3. Hanya pelajar yang cukup terlatih dapat berbuat begitu dan untuk menjadi terlatih anda perlu selalu melatihkan diri dengan kaedah ini.
  4. Setelah isi ditulis, barulah difikirkan susunannya mengikut urutan kepentingan, peristiwa dan pengelompokan isi-isi kecil menjadi isi utama yang jitu dan utuh.


PENULISAN PENDAHULUAN

  1. Pendahuluan perlu ditulis mengikut jenis karangan.
  2. Karangan berformat harus mengikut format yang betul seperti yang telah dipelajari.
  3. Karangan jenis perbincangan dan seumpamanya memerlukan pendahuluan ditulis dalam 1 perenggan sahaja.
  4. Ia harus menarik dan boleh menggambarkan kandungan keseluruhan karangan.
  5. Jika perlu, pendahuluan yang berciri provokatif juga boleh digunakan asalkan tidak keterlaluan.
  6. Jangan masukkan isi dalam perenggan pendahuluan.


PENULISAN ISI

  1. Untuk semua jenis karangan, jumlah isi minimum yang diterima ialah 3.
  2. Walau bagaimanapun, disarankan anda menulis daripada 3 hingga 5 isi utama.
  3. Setiap isi utama harus diikuti oleh isi sokongan, huraian dan contoh.
  4. Isi sokongan mungkin 1 atau 2 mengikut kesesuaian tetapi tidak terlalu banyak.
  5. Ia perlu ditulis dalam 1 perenggan atau beberapa perenggan kecil yang diikat oleh penanda wacana yang bersesuaian supaya kelihatan berkaitan.
  6. Susun isi mengikut urutan peristiwa dan urutan kepentingan.


PENULISAN KESIMPULAN

  1. Kesimpulan juga harus mengikut jenis karangan.
  2. Secara umum, ia harus ditulis dalam 1 perenggan sahaja dan tidak terlalu panjang.
  3. Kesimpulan harus merupakan rumusan kepada isi karangan secara keseluruhan.
  4. Ia mungkin merupakan penegasan atau cadangan terhadap fokus soalan.
  5. Jika ingin memberikan pendapat, pastikan ia berbentuk umum kepada pendapat khusus harus menjadi salah satu daripada isi yang dikemukakan.

Wednesday, July 1, 2009

tasik chini



lTasik Chini terletak lebih kurang 130 kilometer dari Bandar Kuantan dan 80 kilometer dari Temerloh. Ia boleh dihubungkan melalui jalan darat iaitu Leboh Raya Tun Abdul Razak dengan Bandar Chini dan jalan air iaitu melalui Sungai Pahang dan Sungai Chini dari kampung Belimbing. Tasik Chini merupakan tasik air tawar semulajadi yang terbesar di Semenanjung Malaysia dengan keluasan lebih kurang 150 hektar. Keindahan semulajadi tasik ini tertumpu kepada ribuan pohon teratai berwarna merah jambu yang sedang berkembang terapung memenuhi permukaan tasik. Ia juga dikenali sebagai kawasan mergastua yang telah dimajukan bagi tujuan perlancongan. Kawasan seluas 5,078 hektar telah diwartakan sebagai rezab awam. Menurut kajian terdapat 200 spesis burung dan 240 spesis ikan di sekitar tasik ini. Tasik Chini terdiri daripada 13 rangkaian tasik yang dipanggil laut oleh penduduk tempatan dan yang terbesar ialah Laut Gumun, Laut Jerangking, Laut Melai dan Laut Jemberau. Kawasan di sekeliling tasik berbukit bukau dan menyerupai belakang seekor naga. Terdapat gunung di sini, yang dikenali Gunung Chini dengan ketinggian melebihi 800 meter dan diliputi hutan tebal

Tuesday, June 30, 2009

MIKAEEL


California,Los Angeles, Amerika Serikat, 25 Juni 2009 pada umur 50 tahun)[1] adalah penyanyi dan penulis lagu dari Amerika Syarikat. Ia terkenal sebagai "Raja Pop" dan mempopularkan gerakan dansa "moonwalk" yang telah menjadi ciri khasnya. Albumnya yang dikeluarkan pada tahun 1982, Thriller, adalah album terlaris di dunia, dengan penjualan melebihi 104 juta kopi di seluruh dunia. Ia mulai kerjaya menyanyi pada usia lima tahun sebagai anggota kelompok vokal keluarga Jackson (kelak menjadi The Jackson 5) sebelum meluncurkan album solo pertamanya Got to Be There pada tahun 1971. Sebagai anak ketujuh dari keluarga Jackson, dia membuat debut di musik profesional pada umur 11 tahun sebagai anggota dari Jackson 5.

Pada awal tahun 1980-an, dia menjadi figur yang sangat dominan dalam musik pop dan penyanyi Afrika-Amerika pertama yang mempunyai crossover kuat di MTV. Pengenalan dalam musiknya menanjak saat ditayangkan di MTV, antara lain "Beat It", "Billie Jean" dan Thriller dianggap telah mengubah video klip menjadi sebuah bentuk karya seni dan sebagai alat promosi untuk mempopularkan sebuah channel tv. Video-video seperti "Black or White" dan "Scream" membuat Jackson menjadi andalan utama MTV pada tahun 1990-an. Lewat penampilan panggung dan video-video klipnya, Jackson mempopularkan sejumlah teknik menari seperti robot dan moonwalk. Suara dan gaya vocal Jackson mempengaruhi dan diikuti oleh banyak penyanyi hip hop, pop dan R&B.

Saturday, June 20, 2009

HaRi KiAmAt


Walaupun saya bukan seorang muslim tapi semua agama mengajar apa itu hari kiamat....

INGAT!!!!

KALAU ANDA INGIN JEJAK KAKI DI SYURGA, JANGANLAH BERDOSA(Contohnya: berzina, merempit,mengidu gam, menagih dadah, merogol, mencuri dan segala-gala yang berdosa dan menyakitkan hati orang lain....

Kepada sesiapa yang terasa itu, minta maaflah kerana inilah hakikat yang hakiki.

Anda boleh bersikap tamak tetapi bertamaklah untuk mendapatkan pahala.

entah kenapa saya bercakap begini....

tetapi INGAT ada kuasa besar yang sedang memerhatikan kita....

Buat baik dapat pahala masuk syurga

Buat jahat dapat dosa masuk neraka....

Kiamat boleh berlaku bila-bila sahaja, mungkin selepas anda membaca ini ataupun selepas hari ini ataupun selepas setahun ini.

Jadi buatlah pahala sebaik-baik mungkin....

Itu sahaja dari ketua kumpulan geng gigibiru, HARA

Sunday, June 14, 2009

??CINTA??

CINTA...APA ITU CINTA??
CINTA ITU PERKARA YANG PALING BODOH SEKALI...
TAPI KENAPA SETIAP MANUSIA MESTI JATUH CINTA??
ADAKAH SEBAB CINTA ITU MENENANGKAN ATAU MEMBOSANKAN??
BAGI AKU CINTA BANYAK MEMPERMAINKAN AKU...
LAGI2 BILA DITINGGALKAN..
SEKIAN.....

WHATS NEW???

HAI...



= TU SEMUA KAWAN BAIK AKU....KECUALI BUDAK YANG PAKAI TUDUNG HITAM TU...
= YANG MULUT DIE MACAM HORNFISH TU...
= DIA LAH MUSUH SAYA BUAT SELAMA-LAMANYA...
= KAWAN BAIK SAYA UNTUK SELAMA-LAMANYA:
- ASYIQIN
- AZYAN
- PUTRI
- LYDIA
- MASTURA
- ASSILA
- SYERAH
- NANA
= TU JE LAH KAWAN BAIK AKU...
= ENTAH LAH...TAK TAHU NAK CAKAP APA LAGI..
TU JE LAH...BYE2....

=

Wednesday, June 10, 2009

P!NK



P!NK



Pink is a softer, less violent red. Pink is the sweet side of red. It's cotton candy and bubble gum and babies, especially little girls.




pink pink pink pink pink pink pink pink pink pink pink pink pink pink pink pink pink pink pink




mesti paan geli punya.....

WANNY


PrOFiLe WaNnY

Nama: SITI ALWANI BT SHARULNIZAM
Umur: 14 TAHUN
Tarikh Melihat Dunia: 3o/3/95
Tempat Pertama Yang Aku Pergi: HOSPITAL KAJANG
Suka: APA YANG SAYA SUKA
Tidak Suka: APA YANG SAYA TIDAK SUKA
Kawan: YANG MAHU KAWAN DENGAN SAYA
ONE KNEE:)

Tuesday, June 9, 2009

aku ada cerita...

9/6/2009, SELASA.

Friday, May 29, 2009

masalah Besar!!!!!!!!!!

Korang tang nak update lepas ni sile gunakan bahasa melayu yang mantap dan bukan shorrtform macam aq gunakn sekarang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

ok!!!!
Harap Maklum!!!!!!
Arahan dari cikgu Dota

Pengganti

aku sebenarnya bukan shahadah tapi ketua (hara).

saya 'update' kerana shad balik kampung.
(maklumlah dah jadi ketua kenalah bertolak-ansur dengan kerenah ahli-ahli lain)
nama budak ini shahadah(kurang ajar gila aku ini)
Nama ahli saya ini shahadah
Semua orang panggil dia shada(aku panggil dia shad)
tarikh lahir 31 oktober(scorpio)
hobi main guitar dengan skateboard
dia benci budak yang sombong dan gedik
Cita-cita hendak disukai oleh orang ramai
nasihat dia ialah buat style sendiri
itu sahaja untuk sekarang sekian terima kasih

Thursday, May 28, 2009

SOOOORRRRRYYYYY.....

I'M SORRY HARA, WANI,SHAD AND PAAN KLAU AKU DAH MUSNAH KAN KITE PUNYE BLOG TAU..SOORRRYYYY......=(




hara,wani,shad n paan

FARISHA: HARA...WANI...SHAD..PAAN...SINI JAP..
HWSP: WHAT??
FARISHA: HAHAHA...NOTHING...

muahaha...giler homework..


HALOOO...

its me again FARISHA...

ISH...cuti dah start...tapi homework giler banyak..

cam ne nak relaks....kate HOLIDAY..so its mean...we are holiday no more working2 nie....

habis la...1 subject pun dah cukup banyak nie 11 subject...

ayoyo...mati la...

but...x pe2 demi mase depan KAN??

HAHAHA....BAIK JAP...

k lah...bye....



aku farisha juliet

aku FARISHA JULIET..
just call me farisha...
hai...
hobi: CHATTING.
favorute colour: BIRU.
ske makan manggi CHICKEN....and MINUM???
ske milo ais jer...
seorang yang "FRIENDLY" and agak "SWEIT" la...
ske kacau my fwens escipally my "JULIET GROUP" and "HARA" my leader...HAHAHA...
actually, aku x tahu mcm mane bleh ade blog nie...tiba2 jer...
x dek la...nie blog for BM la....ONE KNEE yang tlg wat kan..
THANK U...
my date bufday:10.3.1995...
so sape yang baik tolong belikan HADIAH la yer...HAHAHA...
so thats it...aku dah update dah HARA...
so...BYE2..=)

Sunday, May 24, 2009

ntah nak update ape..........

PAsAL AKU>>>>>>
(ketua)
utk sesape yg nak tau sal aq
aq citekan skrang.
name aq hara
umur 14('95)
warna kegemaran biru
hobi mengintip ( bukan mengintai)
suke makn maggi buatan aq sendiri
minum susu segar
cita2 : saintis, pengintip
benci sume yg kaitan ngan pencemaran
suke sume kecuali yg dibencikan
Nasihat:
jgn menyangi kwan spt bunga
kerana bunga aknn layu jika masenye tiba
sayngla kwan anda sperti sungai
kerana sungai akn senantiasa mengalir

Tuesday, May 12, 2009

Pasal Kami :)

Gigi Biru ialah kumpulan yang ditubuhkan oleh Cikgu Auzani. Pada mulanye, kiteorg ni ade ahli kumpulan memasing. Tapi cikgu dah pecahkan ikut cikgu punye suke, jadi terjadilah kumpulan ni.... Blog ni khas utk keje-keje kumpulan yang cikgu suroh buat. Blog ni jugak cikgu suruh buat utk ahli kumpulan Gigi Biru ni. Tugasan pertama kene buat blog dan ceritakan tentang ahli kumpulan memasing. Pertama sekali kumpulan ni ada 5 orang iaitu:


  • HaravinDran (ketua, sbb die je yg kiteorg rase layak)
  • Alwani (tukang buat blog)
  • Farhan (tugas die x tau lagi)
  • Shahadah (tukang bagi name kumpulan ni)
  • Farisha (belum ade tugas lagi)

Kenapa Gigi Biru?

Mulenye kiteorg ni nk buat name kumpulan ni name bahase inggeris. Tapi cikgu suruh buat name dlm bahase melayu. Entah macam mane terlekat name Bluetooth pastu tukar la jadi bahase melayu jadilah Gigi Biru.

Name sebelom ni ape?

Ohhh, agak banyak dan merapu.

Petir Hitam Putih,

Cuba Try Test,

Tak Tau Lagi,

Indies,

HaAlFaFaSha.

Blog ni berape kali update?

Sebab ade 5 org seorang akan update blog ni seorang sehari.

Hara (isnin)

Farisha (selase)

Aku @ Alwani (rabu)

Farhan (khamis)

Shahadah (jumaat)

  • Sabtu & Ahad public holiday. Sape rajin update, buatlah.

Blog ni nk tulis ape?

Apepeje yg korang suke. Pasal MU ke Chelsea ke ko kalah maen dota ke patah hati ke. Jgn mencarut-carut sudah ah.

Memo:)

  1. Tugas kumpulan ni aku dh bagi dan BUATLAH!
  2. Jgn komen ape aku dh buat utk blog Gigi Biru.
  3. Jgn gaduh-gaduh. Tak mau, Tak Mau.....

One Knee :)